PENGANJURAN WEBINAR ON MEDICAL DEVICES ECOSYSTEM IN MALAYSIA KEPADA PEMAIN INDUSTRI NEGARA BRAZIL
CYBERJAYA, 16 Julai 2025 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) terus memperkukuh kerjasama antarabangsa menerusi penganjuran seminar secara dalam talian bertajuk Medical Devices Ecosystem in Malaysia anjuran bersama Kedutaan Brazil di Kuala Lumpur dan Brazilian Association of Medical Devices (ABIMO).
Webinar ini telah menarik penyertaan 30 syarikat peranti perubatan dari Brazil, menzahirkan minat mendalam terhadap peluang pelaburan dan kolaborasi dalam industri peranti perubatan di Malaysia.
Ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh Tuan Andy Lee, Ahli Anggota MDA, yang menekankan komitmen Malaysia untuk menjadi hab serantau dalam sektor ini. MDA turut mengetengahkan peranan utamanya sebagai badan pengawal selia menerusi pembentangan oleh pegawai-pegawai MDA. Webinar ini turut menampilkan Ambassador-designate of Brazil to Malaysia, Mdm. Daniella Ortega de Paiva Menezes yang menyampaikan tajuk berkaitan Brazil–Malaysia Bilateral Relations dan wakil MIDA, En. Izham Abdul Kadir yang menyampaikan pembentangan bertajuk Malaysia investment opportunities.
Webinar ini menjadi platform strategik bagi MDA menjalankan fungsinya untuk mengukuhkan jaringan kerjasama antara pemain industri tempatan dan antarabangsa.
Disediakan oleh : Unit Kerjasama Dua Hala
Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh diterbitkan : 17 Julai 2025