BAHAGIAN UNDANG-UNDANG

PENGENALAN RINGKAS

Bahagian Undang-Undang MDA bertanggungjawab dalam mengendalikan hal-hal berkaitan perundangan dalam bidang peranti perubatan di Malaysia, selaras dengan peruntukan Akta Peranti Perubatan [Akta 737] dan Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan [Akta 738]. Bahagian Undang-Undang MDA terlibat dalam:

 

i. Pematuhan Undang-Undang: Menyediakan dan menguatkuasakan peraturan undang-undang kawal selia peranti perubatan dan industri di Malaysia.

ii. Pengurusan Peraturan: Menyusun dan memperkemas undang-undang berkaitan peranti perubatan, termasuklah peraturan mengenai pendaftaran peranti perubatan dan pelesenan establismen sebelum dipasarkan.

iii. Nasihat dan Tafsiran: Memberikan nasihat perundangan kepada pihak-pihak berkepentingan dan juga pihak industri peranti perubatan dalam hal yang berkaitan dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

iv. Penyelesaian Pertikaian: Menangani kes-kes berkaitan pelanggaran peraturan dan membantu dalam menyelesaikan pertikaian undang-undang yang timbul dalam industri peranti perubatan.

 

Dengan tertubuhnya Bahagian Undang - Undang, MDA dapat memastikan bahawa peranti perubatan yang berada di pasaran adalah selamat dan berkesan untuk digunakan, dengan mematuhi standard yang ditetapkan, dan memenuhi keperluan undang-undang yang relevan.

 

Disediakan oleh: Bahagian Undang-Undang

Dimuatnaik oleh: Bahagian Komunikasi Korporat

Tarikh Muatnaik: 14/11/2025