Bahagian Penguatkuasaan bertindak apabila menerima aduan mengenai pelanggaran terhadap Akta 737 dan membuat pengesahan ke atas aduan melalui aktiviti risikan, penyamaran dan pengumpulan maklumat melalui pemeriksaan fizikal ke atas individu dan premis. Seterusnya, jika pelanggaran berjaya dibuktikan dengan sokongan maklumat dan bukti- bukti yang lengkap, tindakan menggantung atau membatal lesen establismen akan diambil. Jika kes yang lebih serius, tindakan serbuan dan penggeledahan ke atas premis akan dilakukan bagi membantu siasatan.  Kesemua kes yang melibatkan operasi serbuan akan diteruskan dengan membuka Kertas Siasatan bagi proses pendakwaan di mahkamah

 

Disediakan oleh : Bahagian Penguatkuasaan

Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat

Tarikh muatnaik : 12/11/2025