Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat
Fungsi utama Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat adalah seperti berikut:
- Bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan operasi dan sokongan teknikal ICT kepada bahagian, cawangan dan unit bagi memastikan perkhidmatan-perkhidmatan ICT yang disediakan berjalan dengan cekap dan lancar seiring dengan teras perkhidmatan MDA;
- Memastikan pengurusan dasar, pelan strategik pendigitalan, peraturan dan prosedur ICT dilaksanakan dengan cekap dan holistik;
- Memastikan pengurusan pembangunan projek ICT melibatkan pembangunan sistem aplikasi, infrastruktur ICT, perkhidmatan ICT dan perolehan ICT dilaksanakan dengan cekap dan kos efisien berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan MDA;
- Memastikan pengurusan data MDA melibatkan Daftar MDA, integrasi antara sistem dan janaan statistik diurus dengan cekap dan selamat;
- Memastikan pengurusan tadbir urus perkhidmatan, kemudahan dan keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang merangkumi perkakasan, perisian, rangkaian, keselamatan, pusat data, pemulihan bencana dan infrastruktur ICT yang berkaitan dilaksanakan secara cekap dan selamat bagi menjadi pemangkin sistem penyampaian perkhidmatan digital MDA yang lebih moden dan berkesan kepada pelanggan;
- Memastikan pengurusan khidmat nasihat dalam bidang kepakaran ICT disediakan dengan berkesan mengikut keperluan bahagian, cawangan dan unit di MDA;
- Memastikan pengurusan program latihan dan pembudayaan ICT dilaksanakan sentiasa relevan yang memenuhi keperluan kakitangan MDA melalui penambahbaikan berterusan.
Disediakan oleh : Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat
Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh paparan : 12/11/2025
