Bahagian Khidmat Pengurusan
- Pengenalan Ringkas:
- Bahagian Khidmat Pengurusan bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengurusan, pentadbiran pejabat, sumber manusia, perkhidmatan, penyelenggaraan, pengurusan latihan, pembangunan modal insan, penganjuran latihan kepada industri dan pengurusan kaunter khidmat pelanggan.
- Bahagian ini menyediakan khidmat sokongan berterusan kepada empat (5) Bahagian utama di MDA iaitu Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Kawalan Pra Pasaran, Bahagian Pascapasaran, Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri serta Unit-unit di bawah Pejabat Ketua Eksekutif MDA iaitu Unit Integriti dan Unit Audit Dalam.
- Fungsi BKP secara am adalah menjalankan aktiviti-aktiviti teras seperti berikut:
- Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras pengurusan perkhidmatan dan sumber manusia bagi memastikan peraturan yang berkuatkuasa dipatuhi dan fungsi yang ditetapkan dapat dijalankan dengan cekap dan teratur iaitu:
- Pengurusan Perkhidmatan
- Pengambilan, Pelantikan dan Penamatan
- Penempatan
- Penilaian Prestasi
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
- Anugerah Darjah Kebesaran/Bintang/ Pingat Peringkat Persekutuan/ negeri
- Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat
- Perisytiharan Harta
- Pemeriksaan Kesihatan dan perubatan
- Pengurusan Gaji dan Elaun
- Pengurusan Kemudahan
- Pengurusan HRMIS
- Merancang urusan pembangunan organisasi bagi memastikan sumber manusia MDA dapat digunakan secara optimum iaitu:
- Permohonan Penyusunan Semua Struktur Organisasi/ Pengukuhan Perjawatan di Luar Pemeriksaan Belanjawan Tahunan
- Pengurusan Data Perjawatan
- Pengurusan Skim Perkhidmatan
- Pengurusan Pertambahan Jawatan Baharu
- Menyelaras urusan latihan di MDA bagi memastikan sumber manusia MDA mempunyai tahap kompetensi yang baik iaitu;
- Melaksanakan Dasar Latihan Sumber Manusia
- Pelaksanaan Pelan Latihan Tahunan
- Pengurusan Latihan dan Kompetensi Dalam dan luar negara
- Menguruskan latihan peranti perubatan kepada pihak industri
- Menyelaras dan menguruskan pentadbiran, aset dan inventori serta perolehan keperluan pejabat seperti:
- pengurusan rekod dan fail;
- pengurusan aset, inventori dan harta modal;
- pengurusan kenderaan jabatan;
- pengurusan bilik-bilik mesyuarat;
- penyelenggaraan dalaman bangunan pejabat dan lain-lain kemudahan seperti kelengkapan peralatan pejabat, telefon, dan kemudahan utiliti.
- Pengurusan perolehan bagi memastikan pengurusan perolehan berjalan lancar dan dilaksanakan dengan cekap dan teratur mengikut peraturan yang berkuat kuasa iaitu:
- Pembelian Terus
- Sebut Harga
- Tender
- Merancang, merangka dan menyediakan peruntukan perbelanjaan tahunan MDA di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan bagi memastikan peruntukan yang diagihkan mencukupi dan dapat dibelanjakan dengan berhemah mengikut tatacara kewangan yang ditetapkan
- Menyelaras dan menguruskan perkhidmatan kaunter khidmat pelanggan
- Menyelaras dan menguruskan mesyuarat-mesyuarat bagi MDA dan jawatankuasa-jawatankuasa berikut;
- Mesyuarat BKP;
- Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia;
- Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat MDA
- Panel Pembangunan Sumber Manusia;
- Majlis Bersama Jabatan
Disediakan oleh: Bahagian Khidmat Pengurusan
Dimuatnaik oleh: Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh muatnaik: 12/11/2025
