
CYBERJAYA, 14 Mei 2026 – Medical Device Authority (MDA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan satu sesi libat urus bagi membincangkan isu aduan yang diterima oleh kedua-dua agensi berkaitan peranti perubatan implant.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada semakan aspek pematuhan di bawah perundangan berkaitan serta penelitian isu penguatkuasaan melibatkan bidang kuasa dan peruntukan akta sedia ada.
Dalam sesi tersebut, pihak KPDN turut berkongsi berkenaan penggunaan sistem Integrated Enforcement Management System (IEMS) yang telah mendigitalkan aspek pengurusan penguatkuasaan. Pihak KPDN juga mengalu-alukan kunjungan MDA ke ibu pejabat KPDN bagi tujuan perkongsian sistem, latihan serta pertukaran pengalaman dan amalan terbaik berkaitan penguatkuasaan.
MDA dan KPDN terus komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam aspek penguatkuasaan, perkongsian maklumat serta penambahbaikan kawal selia bagi memastikan kepentingan dan keselamatan pengguna sentiasa terpelihara.

Disediakan oleh : Nik Muhammad Zuhair bin Shamsudin, Bahagian Penguatkuasaan
Dimuatnaik oleh : Wan Nurhalimah binti Wan Abdullah, Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh muat naik : 18 Mei 2026