3 Julai 2024, Cyberjaya - Mesyuarat Dua Hala antara MDA, Malaysia dan ‘Health Sciences Authority', Singapura telah diadakan secara dalam talian bagi membincangkan potensi kerjasama regulatori dua hala yang akan dilaksanakan melalui pemeteraian MOU.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Norlela Hatta @ Antah, Pengarah, Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI), MDA dan dihadiri pegawai-pegawai dari Cawangan Hubungan Antarabangsa, BHAI. Manakala delegasi Singapura diketuai oleh Puan Wong Woei Jiuang, 'Assistant Group Director', HSA.

Mesyuarat tersebut diadakan bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan di bawah cadangan pemeteraian MOU kerjasama regulatori antarabangsa yang memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara.

Jalinan kerjasama ini bermatlamatkan untuk memudahcara akses peranti perubatan ke pasaran di kedua-dua buah negara.