Sesuatu Badan Penilaian Pematuhan (CAB) hendaklah suatu badan penilaian yang didaftarkan di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) untuk menjalankan penilaian pematuhan ke atas suatu peranti perubatan yang akan didaftarkan di bawah Akta ini.

 

Orang awam boleh menyemak status pendaftaran CAB melalui carian akses di pautan https://mmdr.mda.gov.my/public/ .

 

Walau bagaimanapun, CAB yang telah disenaraikan di bawah didapati telah tamat tempoh pendaftarannya dan permohonan pendaftaran semula CAB ini juga tidak diluluskan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) berdasarkan peruntukan Seksyen 12(2) Akta 737.

 

Bil.

Nama CAB

No. Pendaftaran CAB

Tarikh tamat tempoh

1

ITC ZENITH (M) SDN. BHD.

MDA/CAB-017

Bermula dari

14/04/2023

 

Sehubungan itu, CAB ini tidak dibenarkan menjalankan penilaian pematuhan di bawah peruntukan Akta 737 mulai tarikh yang tertera. MDA juga menyarankan agar establismen (pembuat, wakil diberi kuasa, pengimpot, dan pengedar) yang terkesan akibat CAB tidak berdaftar ini, untuk mengambil tindakan segera dengan melakukan pemindahan pensijilan ke mana-mana CAB lain yang berdaftar di bawah Akta 737 bagi mengelakkan sebarang isu yang berkaitan dengan perlesenan establismen dan pendaftaran peranti perubatan.

 

Sebarang pertanyaan berkaitan boleh dihantar ke [email protected].

 

 

 

Dikemaskini: 28 Julai 2023 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dikemaskini: 28 Julai 2022