PERHATIAN!

Sila ambil perhatian bahawa Pihak Berkuasa tidak mendaftarkan semula CAB yang berikut sejak Februari 2018 seperti berikut;

  1. NQA Certification Services (M) Sdn. Bhd.
  2. Bureau Veritas Certification (M) Sdn. Bhd.

Pemberitahuan ini dibuat menurut Seksyen 12 (1) dan Seksyen 12 (2) Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) berkenaan dengan Pendaftaran dan Keengganan untuk Mendaftarkan Badan Penilaian Pematuhan. Semua organisasi di atas tidak boleh berhubungan dengan mana-mana establismen bagi sebarang pensijilan untuk melaksanakan sebarang aktiviti penilaian pematuhan di bawah akta ini.

Sebarang masalah sila hubungi Unit Pendaftaran CAB di 03-8230 0350/ 0352/ 0356.