PENGUMUMAN

 

SURAT PEKELILING PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) BIL 1/2023: KEBENARAN PELETAKAN DALAM PASARAN KIT UJIAN KENDIRI BAGI PENYAKIT HUMAN IMMUNODEFICIENCY VIRUS (HIV)

Sukacita dimaklumkan bahawa dasar berkenaan kebenaran peletakan kit ujian kendiri HIV (HIVST) dalam pasaran telah diluluskan oleh Mesyuarat Anggota MDA pada 15hb. Mac, 2023 dan pelaksanaannya adalah berkuatkuasa mulai 14hb. Ogos, 2023 iaitu selaras dengan penerbitan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 14/2023 dan penerbitan dokumen Garis Panduan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kendiri di Malaysia oleh Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

Surat Pekeliling MDA Bil 1 Tahun 2023 boleh dimuat turun dari laman sesawang MDA, dan menerusi pautan berikut KLIK DISINI

Garis panduan oleh MDA berkenaan peletakan kit ujian kendiri HIV (HIVST) di pasaran sedang di peringkat akhir pembangunan dan akan diterbitkan selewatnya pada 25hb. Ogos, 2023 sebagai rujukan dan panduan establismen bagi mendaftarkan peranti perubatan HIVST.

Sekian, terima kasih

Dr. Muralitharan Paramasua

Ketua Eksekutif

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

21 .Ogos. 2023