KENYATAAN MEDIA

PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

PELAKSANAAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM BAYARNOW

 

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia akan mula melaksanakan satu sistem pembayaran dalam talian iaitu BayarNow bermula 24 Februari 2023 (Jumaat).

Sistem BayarNow ini diwujudkan bagi memudahkan pelanggan MDA untuk membuat pembayaran seperti yuran latihan, permohonan surat klasifikasi produk, Certificate of Free Sales (CFS) dan lain-lain pembayaran yang tidak boleh dilakukan melalui sistem Medcast 2.0+.  

Bagi cara-cara pembayaran menggunakan BayarNow, para pelanggan akan menerima satu pautan melalui emel yang telah didaftarkan, setelah permohonan mereka telah diluluskan oleh MDA.

Sebelum BayarNow diwujudkan, pembayaran bagi tujuan yang dinyatakan di atas adalah dengan menggunakan bank draft sahaja. Menyedari kekangan yang dihadapi ini, MDA mengambil inisiatif dengan mewujudkan BayarNow di mana pemohon boleh melakukan bayaran secara online menggunakan platform Financial Process Exchange (FPX).

Sehubungan dengan itu, pelanggan MDA digalakkan untuk melakukan pembayaran menggunakan sistem BayarNow yang lebih mudah dan efisen. Untuk cara-cara penggunaan BayarNow, sila muat turun manual pengguna di pautan berikut, MDA BayarNow User Manual.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emel di [email protected]. Semoga dengan adanya kemudahan pembayaran secara atas talian ini akan memudahkan lagi para pelanggan dalam proses pembayaran. MDA akan terus menggiatkan usaha dalam meningkatkan kemudahan pembayaran serta mutu perkhidmatan kepada para pelanggan.

 

Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
24 Februari 2023