BAHAGIAN ANTARABANGSA & HUBUNGAN INDUSTRI

1. Fungsi Cawangan Antarabangsa

  • Membina dan memperkuatkan hubungan antarabangsa dalam bidang peranti perubatan.
  • Menyelaraskan aktiviti dengan organisasi antarabangsa seperti WHO, WTO, dan ISO.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pihak antarabangsa berkaitan industri peranti perubatan.

2. Fungsi Cawangan Bantuan Industri

  • Menguruskan notifikasi Pengecualian bagi peranti perubatan.
  • Menyediakan bantuan dan nasihat kepada industri dalam proses pengurusan peranti perubatan.
  • Mengendalikan aktiviti bantuan industri seperti mesyuarat dan dialog bersama industri.