BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik MDA memainkan peranan penting dalam merangka dan menyelaraskan dasar-dasar serta strategi-strategi yang berkaitan dengan pengawalseliaan peranti perubatan di Malaysia. Fungsi-fungsi bahagian ini termasuk:

  1. Unit Kajian & Penilaian Teknologi
    • Melakukan kajian regulatori dan penilaian teknologi untuk meningkatkan pengawalan peranti perubatan.
  2. Unit Dokumen Panduan
    • Merancang, menyelaraskan, dan menerbitkan dokumen panduan untuk memastikan pemahaman dan kepatuhan terhadap peraturan.
  3. Unit Dasar & Regulatori
    • Merancang dan menyelaraskan pindaan dasar serta strategi pelaksanaan peraturan dalam Akta 737.
  4. Unit Penyelarasan Perancangan Strategik
    • Memantau pencapaian perancangan strategik MDA serta merancang dan menjalankan persijilan.
  5. Unit Usage & Kemudahan Penjagaan Kesihatan
    • Merangka program kompetensi, menjalankan pemeriksaan ke atas kemudahan kesihatan, dan menguruskan permit peranti perubatan.
  6. Unit Inter-Agensi & Kolaborasi
    • Menguruskan kerjasama strategik dengan agensi dalam dan luar Kementerian serta menjalinkan kerjasama dengan pihak berkepentingan.