Unit Komunikasi Korporat

FUNGSI BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

  1. Mesyuarat Anggota PBPP
    Menjalankan tugas dan memastikan persediaan fizikal mesyuarat secara berkesan seperti penyediaan fail mesyuarat, pemfailan dokumen mesyuarat serta kertas pertimbangan, tempat, rsvp, dan perkara-perkara yang sesuai bagi tujuan kelengkapan mesyuarat

    2. Anggota Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
    Menjalankan dan menguruskan tugas –tugas yang melibatkan ahli board seperti pembayaran elaun setiap anggota board.

    3. ICT Portal
    Menjalankan tugas menguruskan Portal MDA yang akan dibangunkan kelak seperti bantuan semakan informasi, kemaskini serta merekod maklumat, tugas-tugas pengurusan dan asas ICT serta perkara- perkara lain yang dirasakan sesuai.

    4. Pentadbiran Pejabat
    Menjalankan tugas menguruskan pentadbiran asas Unit Perhubungan Awam seperti urusan surat-menyurat, dokumentasi, penyediaan memo, urusan dengan pihak-pihak yang berkenaan yang dirasakan sesuai serta lain-lain perkara yang membantu bagi memastikan kelancaran Unit Perhubungan Awam

    5. Penyelarasan Parlimen
    Menjalankan tugas menyelaraskan setiap aktiviti yang berkaitan dengan isu komunikasi di Parlimen seperti merekod maklumbalas terhadap isu yang dibangkitkan.

    6. Penyelarasan Laporan Tahunan
    Menjalankan tugas dan menjadi setiausaha dalam mengendalikan urusan-urusan persiapan laporan tahunan seperti berhubungan dengan pembekal dan penulisan serta pengumpulan maklumat berkait.

    7. Penyelarasan lspaa (Aduan Pelanggan di peringkat KKM)
    Menjalankan tugas menguruskan dan mengendalikan serta memberi maklumbalas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan, serta cadangan daripada orang awam dan memastikan setiap aduan diselesaikan dalam masa yang diberikan.

    8. Aduan Pelanggan melalui emel
    Menjalankan tugas menyelaras dan merekod emel awam PBPP kepada pegawai yang berkenaan mengikut skop tugasan pegawai. Turut membantu pegawai dalam kajian pengurusan pelanggan selaras dengan tuntutan prosedur kualiti MS ISO 9001.

    9. Pengurusan Acara
    Menjalankan tugas mengendalikan persiapan urusan acara PBPP seperti persiapan pentadbiran, bantuan persediaan protokol, persediaan alat bantuan, persediaan fizikal, urusan rsvp VIP dan peserta, persiapan tempat tinggal, pengangkutan dan lain-lain yang dirasakan perlu. Turut menyediakan bajet untuk setiap acara dan menyediakan laporan bagi setiap acara yang telah dijalankan. Contoh: Acara rasmi PBPP, Awareness Program dan Program bersama Industri.

    10. Penerbitan
    Mengeluarkan penerbitan PBPP seperti brochure bagi tujuan kesedaran dan promosi PBPP. Turut menjalankan tuagas seperti berurusan dengan pihak pembekal, membantu kerja-kerja pentadbiran dan bantuan khidmat penulisan, dan lain-lain yang dirasakan sesuai. Contoh: Brochure, Banner dan Annual Report.

    11. Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan
    Menjalankan kajian dan menghasilkan laporan berkenaan tahap kepuasan pelanggan terhadap Pihak Berkuasa Peranti Perubatan.

    12. Pengurusan Media Elektronik
    Menjalankan tugas dalam mempromosikan acara anjuran Pihak Berkuasa Peranti Perubatan melalui media elektronik bagi menyampaikan objektif acara kepada orang awam seperti TV dan radio.

    13. Khidmat Nasihat Protokol
    Menjalankan tugas dan menyelaras aktiviti-aktiviti melibatkan urusan protokol yang memerlukan panduan bagaimana sesuatu aktiviti atau acara patut dilakukan. Memberi khidmat nasihat protokol kepada PBPP.

    14. PengurusanSosial Media
    Menyebarkan segala info-info terkini berkaitan terutuama penganjuran acara serta program-program yang melibatkan pembangunan industri PBPP dengan menggunakan wadah page Facebook

    15. Strategi Perhubungan Awam PBPP
    Menjalankan kerjasama dengan liputan media bagi urusan aktiviti penguatkuasaan berkaitan peranti perubatan seperti serbuan dan sebagainya: Misi Liputan Media Bersama Program 999 di bawah TV3 dan mempromosi dengan lebih meluas ke siaran TV berkaitan Akta Peranti Perubatan dan Bagaimana PBPP membantu rakyat. Misi: Bualbicara di program TV3 iaitu Malaysia Hari Ini (MHI) atau Selamat Pagi Malaysia TV1. Juga, meneruskan promosi siaraya ke radio lain selain Radio Nasional Misi: Temubual deejay di Radio Bernama. Telah bersiaran di Radio Nasional tahun 2016.

Cetak

  Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
  mdb@mda.gov.my

Today 1559 Yesterday 811 Week 1559 Month 47477 Jumlah Pengunjung: 601776

  • Kemaskini Terakhir: 20 November 2020.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2020 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768