FUNGSI BAHAGIAN PENILAIAN TEKNIKAL

  • Merancang, membangun dan menyelaras aktiviti-aktiviti pengawalan peranti perubatan yang dikecualikan daripada keperluan pendaftaran di bawah Akta 737;
  • Merancang, membangun dan menyelaras aktiviti-aktiviti penilaian permohonan notifikasi pengecualian peranti perubatan daripada keperluan pendaftaran;
  • Merancang, membangun, menyelaras dan menguruskan kajian bagi penyediaan bukti/fakta yang relevan untuk menyokong penetapan dasar/polisi bagi kawalan regulatori peranti perubatan;
  • Merancang dan membangunkan sistem Daftar bagi capaian kepada maklumat peranti perubatan di bawah Seksyen 67 Akta 737;
  • Merancang dan membangunkan pusat sumber regulatori peranti perubatan;
  • Merancang dan menyelaras penubuhan dan fungsi jawatankuasa teknikal dan saintifik yang berkaitan dengan peranti perubatan yang dikecualikan daripada keperluan pendaftaran
  • Menjalankan aktiviti / khidmat nasihat teknikal mengenai isu-isu keselamatan dan keberkesanan peranti perubatan;
  • Menjalankan aktiviti pengurusan dan perancangan strategik ICT seperti:

i- Mengurus dan menyelaras pembangunan projek ICT berdasarkan Pelan Strategik ICT PBPP;

ii- Merancang dan mengurus keperluan infrastruktur (perkakasan, perisian, rangkaian, sistem aplikasi), perkhidmatan dan keselamatan ICT;

iii- Merancang dan mengurus program latihan dan pembudayaan ICT mengikut keperluan organisasi; dan

iv- Mengurus dan menyediakan khidmat dalam bidang kepakaran ICT mengikut keperluan bahagian atau unit.