MIMOS_BERHAD_1

 

 

KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2025 - MDA yang diwakili oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) telah mengadakan lawatan rasmi ke MIMOS Berhad di Technology Park Malaysia. Sesi ini memberi fokus kepada perbincangan mengenai Kolaborasi antara MIMOS-MDA, khususnya dalam aplikasi teknologi Trusted Intelligence (seperti AI, Blockchain, dan Quantum) untuk pengujian peranti perubatan dan keselamatan data, yang selari dengan kerangka strategik MoH. Lawatan ini diakhiri dengan lawatan ke atas kemudahan dan makmal MIMOS TI, membuka jalan kepada penerokaan langkah seterusnya untuk projek perintis bersama yang berpotensi.

 

MIMOS_BERHAD_2

 

 

 

 

Disediakan oleh : Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (DASAR)

Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat

Tarikh muatnaik : 17/11/2025