12 – 13 Jun 2024 – Mesyuarat 'Global Harmonization Working Party Tehnical Committee (GHWP TC) Leaders Meeting 2024' telah diadakan di Bali, Indonesia, yang dirasmikan oleh Pengerusi GHWP iaitu Dr Xu Jinghe, 'Deputy Commissioner of NMPA', China. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr Abdullatif S. Alwatban (SFDA, Arab Saudi) dan Timbalan Pengerusi adalah Puan Li Jun (NMPA, China) bersama Puan Miang Tanakasemsub (Thailand).

Mesyuarat tersebut telah dihadiri pemegang-pemegang jawatankuasa bagi GHWP TC, 'Working Groups' (WG) dan 'Special Task Group' (STG) yang terdiri daripada pakar-pakar daripada badan-badan pihak berkuasa dan industri peranti perubatan. Mesyuarat GHWP TC ini diadakan bagi tujuan mencapai matlamat-matlamat GHWP dalam kawal selia peranti perubatan termasuklah memantau keseluruhan pelan kerja WG, memantau pengurusan pembangunan garis panduan, menyelaraskan program-program, kerjasama dengan organisasi antarabangsa, pengesahan-pengesahan perkara penting dan lain-lain. Malaysia terlibat secara langsung dan turut diberi kepercayaan bagi menerajui Jawatankuasa GHWP WG 8 (Standard), dimana telah dilantik sebagai pengerusi (MDA), timbalan pengerusi dan pengurus jawatankuasa (MDA).

Mesyuarat GHWP TC ini telah membincangkan pelan kerja TC, laporan setiap jawatankuasa WG dan STG, TC Capacity Building Plan, perbincangan pembangunan 'e-voting', prosedur permohonan dan penyelarasan 'New Work Item Proposal', 'Advisor' dan juga keahlian. Secara keseluruhannya, terdapat 18 pelan kerja dalam proses pelaksanaan, 5 pelan kerja yang baharu dan 14 program latihan yang akan dilaksanakan dan dipantau oleh Jawatankuasa GHWP TC.