6 & 7 Mac 2024 – Baru-baru ini telah berlangsung program “Future Healthcare Asia 2024” yang bertempat di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur. Seramai lebih daripada 50 orang penceramah yang terlibat dalam program ini yang terdiri daripada pelbagai bidang khususnya dalam industri perubatan. Objektif utama program ini adalah untuk membincangkan isu-isu terkini dalam industri perubatan yang membawakan dua tema utama iaitu “Building Sustainable Healthcare Infrastructure, Operational Strategies and Patient Centric Systems” dan juga “Digital Healthcare Analytics and Transformation Leadership”.

 

 

 

 

Selain itu, acara ini juga telah dirasmikan oleh YB Dato’ Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Dalam masa yang sama, Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA turut menyampaikan ucapan serta membentangkan topik pada hari pertama program ini berlangsung yang bertajuk “Malaysia: Becoming a Hub and Regional Player in the Medical Device Sector”. Pada hari kedua, Puan Aidahwaty M.Olaybal, Pengarah Bahagian Kawalan Pra Pasaran (BKPP) turut membentangkan topik yang bertajuk “Medical Device Life Development: From Prototype to Regulatory Approval”. MDA juga turut membuka reruai sepanjang acara tersebut bagi memberi peluang kepada pihak industri untuk bertanyakan sebarang soalan serta mempromosikan MDA kepada semua pihak daripada pelbagai agensi.