CYBERJAYA, 16 Feb - Program Pengukuhan Integriti bertajuk “Amanah:Jangan Sampai Punah” telah diadakan pada Jumaat 16 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, MDA. Tujuan program ini dilaksanakan adalah memberi pendedahan berkaitan peri pentingnya menjaga amanah dan mengukuhkan nilai-nilai integriti dalam diri setiap warga MDA.

Taklimat ini telah dihadiri daripada para pegawai daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) iaitu Pengarah Bahagian, Ketua Cawangan/Unit, dan para pegawai dan kakitangan MDA. Taklimat telah dihadiri oleh seramai hampir 85 orang pegawai dan kakitangan MDA daripada setiap Bahagian dan Unit.

Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, PPK Tn Lukman bin Mohd Hosni, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. MDA turut menzahirkan penghargaan kepada beliau dengan menyampaikan cenderamata yang disampaikan oleh Pn. Salbiah bt Yaakop, Pengarah Bahagian DASAR.

Pihak MDA ingin merakamkan penghargaan kepada beliau  atas kesudian memberikan taklimat disamping berkongsi ilmu dan manfaat berkaitan kepentingan menjaga amanah disamping contoh-contoh kes rasuah di KKM.