12 dan 13 Disember 2023- Satu sesi seminar telah dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) pada 12 dan 13 Disember 2023 yang lalu mengenai ISO 13485:2016 Quality Management System for Medical Devices.

Seramai 35 orang peserta terdiri daripada wakil-wakil industri peranti perubatan serta kakitangan MDA telah mengambil bahagian dalam seminar tersebut. Secara amnya, seminar tersebut memberikan pendedahan kepada peserta mengenai prosedur operasi pengurusan peranti perubatan yang mengikut standard piawaian antarabangsa bersandarkan kepada ISO 13485 : 2016.

Seminar ini diharapkan dapat membantu establismen serta pemain-pemain industri peranti perubatan mengamalkan prosedur operasi standard yang betul serta menepati standard piawaian yang telah ditetapkan. -Ammar, UKK