FUNGSI UNIT KEWANGAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN

Unit Kewangan PBPP terdiri daripada dua seksyen iaitu Seksyen Kewangan & Akaun dan Seksyen Hasil. Unit Kewangan PBPP bertanggungjawab bagi memastikan segala prosedur dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa dipatuhi sepenuhnya.

Seksyen Kewangan & Hasil

  • Menyelaras semua urusan berkaitan bayaran kepada individu atau syarikat bagi bekalan, kerja dan perkhidmatan yang dibuat kepada PBPP.
  • Menyelaras semua urusan bayaran kepada kakitangan dalaman PBPP meliputi bayaran gaji, elaun, tuntutan dan lain-lain.
  • Memastikan semua rekod perakaunan bagi setiap transaksi yang dibuat oleh PBPP adalah tepat dan betul bagi tujuan penutupan akaun bulanan dan tahunan.
  • Menyediakan penyata kewangan PBPP yang sempurna dan teratur untuk dibentangkan di Parlimen.
  • Memastikan PBPP membuat perbelanjaan berhemah berdasarkan perancangan dan peruntukan yang telah diluluskan.
  • Membuat pelaburan yang paling menguntungkan berdasarkan kesesuaian aliran tunai PBPP.

Seksyen Hasil

  • Menerima dan merekod setiap terimaan hasil bagi bayaran-bayaran yang dibuat oleh pihak industri di bawah peruntukan Akta 737 dan Akta 738.
  • Memastikan jumlah terimaan hasil adalah betul dan tepat untuk tujuan penutupan akaun bulanan dan tahunan.
  • Memastikan resit dikeluarkan bagi setiap bayaran yang diterima daripada pihak industri.
  • Memantau terimaan hasil secara terperinci selaras dengan standard pelaporan yang ditetapkan.
  • Melaksanakan proses terimaan hasil melalui sistem Fnancial Accounting System For Medical Device Authority (FASt-MeDiA) dan Medical Device Centralised For Application System (MeDC@St)