Sukacita dimaklumkan bahawa dasar berkenaan pengecualian proses penilaian pematuhan oleh Badan Penilaian Pematuhan (CAB) bagi pendaftaran kit ujian COVID-19 sama ada untuk kegunaan kendiri atau kegunaan professional telah diluluskan oleh Mesyuarat Anggota MDA pada 9 Mei 2022 dan pelaksanaannya adalah berkuatkuasa pada 9 Mei 2022 merujuk kepada Surat Pekeliling MDA Bil 1 Tahun 2022.

Surat pekeliling tersebut boleh dimuat turun dari laman sesawang MDA, dan menerusi pautan berikut KLIK DISINI

Establismen yang ingin mendaftarkan kit ujian COVID-19 boleh merujuk kepada dokumen garis panduan berkaitan yang telah disediakan di laman sesawang MDA iaitu Guideline for Registration of COVID-19 IVD Test Kits, MDA/GL/07. MDA/GL/07.

 

Sekian, terima kasih

Ketua Eksekutif

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

13 Jun 2022