PENGUMUMAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN SIJIL LESEN ESTABLISMEN ELEKTRONIK BERMULA 5 JUN 2024

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan [Medical Device Authority (MDA)] akan melaksanakan penggunaan lesen establismen elektronik bermula 5 Jun 2024.

Pihak establismen boleh memuat turun lesen establismen daripada sistem [email protected]+ setelah permohonan selesai (status complete) dan bayaran fi lesen telah dijelaskan. Dalam masa yang sama MDA masih lagi akan mengeluarkan sijil lesen establismen fizikal untuk kegunaan establismen.

Establismen dikehendaki mengambil sijil lesen establismen fizikal di pejabat MDA selepas 7 hari bekerja dari tarikh permohonan selesai (status complete).

Sekian. Terima kasih,

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia.