Berikutan pelaksanaan Dasar Satu Lesen Untuk Setiap Peranan Establismen yang telah diumumkan melalui "Arahan Am Menteri Kesihatan Bil. 1/2024 Mengikut Peruntukan Akta Pihak Berkuasa Peranti Perubatan 2012 [Akta 738]: Pelaksanaan Dasar Satu Lesen Untuk Setiap Peranan Establismen", pihak establismen yang memegang lesen yang mempunyai pelbagai peranan dan ingin memperbaharui (renew) lesen establismen, perlu mengambil tindakan seperti berikut bermula 1 Julai 2024;

  1. Pilih satu peranan establismen untuk dikekalkan dalam dalam lesen sedia ada yang boleh diperbaharui (renew) seperti
  2. Perlu menggugurkan peranan yang lain untuk dipisahkan melalui Permohonan Lesen

Permohonan baru untuk mendapatkan lesen establishmen akan dihadkan kepada 1 peranan sahaja setiap permohonan. Manakala bagi permohonan pembaharuan lesen, establismen perlu memilih salah satu peranan sahaja melalui permohonan pembaharuan dan mengisi Google Form di bawah.

  1. Borang Kemaskini Peranan Establismen: https://forms.gle/5386BaPF3WjD7txe7
  2. Borang Permohonan Pulangan Balik Hasil (Refund - Single License): https://forms.gle/fp5pDtL8Uu1h6Pau7

Sila rujuk kepada dokumen di pautan tertera di bawah berkenaan tatacara pembaharuan lesen [ARAHAN AM : PELAKSANAAN DASAR SATU LESEN UNTUK SETIAP PERANAN ESTABLISMEN MULAI 1 JULAI 2024]

Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai peranan sebagai Authorised Representative, adalah digalakkan untuk mengekalkan peranan ini untuk memastikan permohonan pendaftaran peranti perubatan, permohonan perubahan notifikasi, dan aktiviti pasca- pasaran tidak terganggu.

Sila pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat dan betul.

Sila hubungi pihak Unit Lesen melalui email [email protected] atau berhubung terus dengan pegawai Unit Lesen sekiranya tuan/puan mempunyai pertanyaan.

En. Syahmi bin Sapit : +603 8230 0351

 

En. Dinesh Murgis : +603 8230 0393

En. Muhammad Fadzli bin Rusli : +603 8230 0246

Pn. Suhaida binti Rasul : +603 8230 0214