Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menjalankan pemeriksaan di gudang Pelabuhan Pasir Gudang, Johor susulan maklumat yang diterima mengenai aktiviti import peranti perubatan tidak berdaftar berlaku di lokasi tersebut.

Pemeriksaan tersebut telah menemukan sebanyak 10,000 unit pembalut luka yang tidak berdaftar. Kesemua peranti perubatan tersebut telah disita disebabkan pelanggaran kepada seksyen 5 Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737). Di bawah seksyen ini, pihak yang terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,

MDA ingin mengingatkan mana-mana orang yang hendak mengimport peranti perubatan hendaklah mendaftarkan peranti perubatan tersebut dan mendapatkan lesen establismen yang sah di bawah Akta 737. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status peranti perubatan yang hendak dibeli bagi memastikan ianya mempunyai pendaftaran yang sah.

 

Ketua Eksekutif

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

Cyberjaya

5 Ogos 2022

 

WhatsApp Image 2022 08 08 at 12.52.40 PM 1WhatsApp Image 2022 08 08 at 12.52.40 PM 2WhatsApp Image 2022 08 08 at 12.52.40 PM