Sesi Libat Urus Bersama PERANTIM di Cyberjaya

CYBERJAYA, 4 NOVEMBER 2025 - Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik MDA telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Persatuan Industri Peranti Perubatan Tempatan (PERANTIM) pada yang bertempat di Hotel Primera. Sesi ini merupakan platform penting untuk pengumpulan maklumat dan maklum balas daripada industri tempatan mengenai dua isu utama: Regulatory Sandbox untuk Peranti Perubatan (khususnya AI-enabled Medical Device) dan Medical Device Single Audit Program (MDSAP) ke atas sistem regulatori peranti perubatan di Malaysia. Kerjasama ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan industri tempatan bagi memastikan rangka kerja kawal selia yang dirancang kekal relevan dan kondusif kepada inovasi peranti perubatan tempatan.
Disediakan oleh : Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (DASAR)
Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh muatnaik : 17/11/2025
