Sesi Libat Urus Bersama AMMI di Pulau Pinang

PULAU PINANG, 22 SEPTEMBER 2025 - MDA yang diwakili oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS) telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Association of Malaysian Medical Industries (AMMI) di Iconic Marjorie Hotel. Sesi yang dihadiri 51 peserta ini memberi fokus kepada topik perbincangan mengenai Regulatory Sandbox untuk Peranti Perubatan (khususnya AI-enabled Medical Device), serta Medical Device Single Audit Program (MDSAP) dan diakhiri dengan sesi dialog terbuka. Pada sebelah petang, program ini disusuli dengan lawatan ke kilang Dexcom, Batu Kawan yang menghasilkan peranti perubatan Continuous Glucosemeter. Sesi ini telah mengukuhkan kerjasama antara pihak kawal selia dan industri dalam menangani isu-isu peranti perubatan berteknologi tinggi terkini.
Disediakan oleh : Bahagian Dasar & Perancangan Strategik (DASAR)
Dimuatnaik oleh : Bahagian Komunikasi Korporat
Tarikh muatnaik : 17/11/2025
