SEMINAR KAWALAN PENGIKLANAN ANJURAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA)

 “BOLEH PERCAYA KE IKLAN INI?”

OKTOBER 13, 2022

PENGUMUMAN PERTAMA

 

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT POSTER

 

TUJUAN

Seminar Kawalan Pengiklanan anjuran Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) ini bertujuan menyebarkan kesedaran pengiklanan peranti perubatan yang beretika di Malaysia kepada pertubuhan peranti perubatan, agensi pengiklanan, wakil platform e-dagang, syarikat media massa, wakil industri peranti perubatan, badan penilaian pematuhan dan pihak berkepentingan. Selain itu, seminar ini juga terbuka kepada orang awam yang ingin menimba pengetahuan mengenai pengiklanan peranti perubatan yang selamat dan mematuhi keperluan perundangan.

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) ingin menjemput anda untuk menyertai Seminar Kawalan Pengiklanan “Boleh Percaya Ke Iklan Ini” pada 13 Oktober 2022 (Khamis) bertempat di Putrajaya (tempat akan diumumkan kemudian). Diharapkan seminar ini dapat mewujudkan kesedaran dan kefahaman yang mendalam tentang topik kawal selia pengiklanan peranti perubatan untuk kesejahteraan hidup dan kesihatan rakyat Malaysia.

 

OBJEKTIF

Objektif seminar ini adalah seperti berikut:

  • Memberi pendedahan berkenaan kawalan pengiklanan peranti perubatan dibawah Akta 737 dan juga Peraturan Peranti Perubatan (Pengiklanan) 2019.
  • Memberi keterangan tentang keperluan pengiklanan berdasarkan peraturan yang digariskan dalam Code of Advertisement (COA) dan proses permohonan pengiklanan peranti perubatan.
  • Memberi kesedaran berkenaan kawalan ke atas pengiklanan produk farmaseutikal & Medical Device-Drug Combination Product.
  • Mengetahui keperluan kawalan penyiaran iklan dalam media massa.
  • Memaklumkan langkah pemantauan dan penguatkuasaan iklan peranti perubatan merentasi semua platform.

SASARAN PESERTA

Seminar ini terbuka kepada:

  • Pertubuhan peranti perubatan
  • Agensi pengiklanan (Big Tree Outdoor, Sky Blue Media, etc)
  • Wakil platform e-Dagang (Shopee, Lazada, GoShop, Dr-On-Call, Wowshop, Facebook)
  • Syarikat media massa (TheStar, Bernama, MediaPrima, etc.)
  • Wakil industri peranti perubatan
  • Badan penilaian pematuhan
  • Pihak berkepentingan
  • Orang awam

 

AGENDA

 

Time

Topic

8.30 – 8.55 pagi

Pendaftaran Peserta

8.55 – 9.00 pagi

Taklimat Program

9.00 – 9.30 pagi

Definisi Peranti Perubatan - oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)

9.30 – 10.00 pagi

Pengenalan Akta 737 dan Peraturan Peranti Perubatan (Pengiklanan) 2019 - oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)

10.00 – 10.30 pagi

Minum Pagi

10.30 – 12.00 tengah hari

Kepentingan Code of Advertisement (COA) dan Cara Permohonan Pengiklanan Peranti Perubatan - oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)

12.00 – 1.00 petang

 

Kawalan Ke Atas Pengiklanan Produk Kesihatan & Combination Product -oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF)

1.00 – 2.00 petang

Makan Tengah Hari

2.00 – 3.00 petang

Kawalan Penyiaran Iklan Dalam Media Massa - oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF)

3.00 – 4.00 petang

Usaha Pemantauan Dan Penguatkuasaan Iklan Peranti Perubatan Merentasi Semua Platform - oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA)

4.00 - 4.15 petang

Minum petang

4.15 – 5.00 petang

Forum

5.00 petang

Bersurai

**tajuk adalah tertakluk pada perubahan

 

PENDAFTARAN

Yuran Pendaftaran seminar: RM 1,500 seorang

[Terhad hanya kepada 135 peserta sahaja]

Klik DI SINI untuk pendaftaran.

Invois (untuk tujuan pembayaran) bersama butiran kaedah pembayaran akan dihantar kepada e-mel yang berdaftar selepas borang pendaftaran diterima. Tarikh tutup pendaftaran & pembayaran ialah  5 OKTOBER 2022.

Selepas pengesahan pembayaran, MDA akan memberikan e-mel pengesahan yang mengadungi nota dan arahan persiapan sebelum seminar.

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia melalui e-mel [email protected] atau talian 03-8230 0240 / 0343/ 0355 / 0211 / 0395/ 0223.

 

Dimuatnaik: 12 September 2022