• Home
  • Announcement
  • KENYATAAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) ISU TULAR KIT UJIAN KENDIRI POSITIF COVID-19 MENGGUNAKAN SAMPEL AIR PAIP

KENYATAAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN (MDA) ISU TULAR KIT UJIAN KENDIRI POSITIF COVID-19 MENGGUNAKAN SAMPEL AIR PAIP

AirPaipPositif

 

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) mengambil maklum mengenai isu tular di media sosial berkenaan kit ujian kendiri Covid-19 yang menunjukkan keputusan positif setelah diuji dengan menggunakan air paip. 

Berdasarkan rakaman video yang berdurasi selama dua (2) minit tersebut, cara penggunaan yang ditunjukkan tidak mengikut arahan seperti dalam label dan leaflet yang disertakan di dalam kit ujian tersebut.

 Oleh hal yang demikian, sekiranya kit ujian digunakan dengan tidak mengikut tujuan yang dimaksudkan dan arahan ditetapkan pengilang, kemungkinan ia akan menghasilkan keputusan yang tidak tepat serta mengelirukan.

MDA mengambil berat atas penularan video tersebut dan akan menjalankan siasatan ke atas perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan orang awam mengenai penggunaan kit ujian kendiri Covid - 19. Hal ini bertujuan untuk memastikan keselamatan serta kesihatan awam sentiasa terjamin. 

 

Ketua Eksekutif
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

10 Februari 2022

 

Print

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 3787 Yesterday 4591 Week 36086 Month 18779 Visitor Counter: 117318626

  • Last Modified: 02 June 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768