3 April 2024 - Mesyuarat Dua Hala antara MDA, Malaysia dan ‘Ministry of Health, MOH, Indonesia telah diadakan secara dalam talian bagi membincangkan potensi kerjasama regulatori dua hala yang akan dilaksanakan melalui pemeteraian MOU.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Norlela Hatta@Antah, Pengarah, Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Industri (BHAI), MDA dan dihadiri pegawai-pegawai dari Cawangan Hubungan Antarabangsa, BHAI. Manakala delegasi Indonesia diketuai oleh Tuan Dede Mulyadi, Director of Production and Distribution of Medical Device, MOH, Indonesia. Melalui mesyuarat ini pihak MDA dan MOH, Indonesia telah berkongsi berkenaan sistem kawal selia peranti perubatan yang dilaksanakan di negara masing-masing.


 

 

Perbincangan berkaitan bidang kerjasama yang akan dilaksanakan melalui MOU yang akan dibangunkan telah dibincangkan dalam mesyuarat ini. Pelaksanaan MOU ini penting bagi merapatkan hubungan kedua-dua negara dalam mengawalselia peranti perubatan sekaligus memastikan jurang perdagangan dapat dikurangkan dalam membantu pihak pemegang taruh dapat memasarkan peranti perubatan dengan lebih mudah.

Melalui mesyuarat ini, pihak MOH, Indonesia telah memberikan reaksi yang positif kepada cadangan pemeteraian MOU MDA-MOH Indonesia yang dirancang pada suku ketiga tahun 2024.