• Home
  • News
  • Kunjungan rasmi daripada Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) ke Medical Device Authority (MDA)

Kunjungan rasmi daripada Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) ke Medical Device Authority (MDA)

22 Julai 2022 – MDA telah menerima kunjungan rasmi daripada Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE). Delegasi MATRADE diketuai oleh Encik Khairul Annuar Abdul Halim iaitu Pengarah Kanan, Bahagian Transformasi dan Perdagangan Digital, MATRADE. Mesyuarat dipengerusikan oleh En Ahmad Shariff Hambali, Ketua Eksekutif MDA dan turut dihadiri pegawai-pegawai dari Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa dan Fasiliti Industri. 

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama di antara MATRADE dan MDA terutama di dalam penganjuran program kolaborasi serta aktiviti pembangunan pengeksport Malaysia serta meninjau peluang bagi memperkukuhkan usahasama di antara MATRADE dan MDA untuk bersama-sama memacu dan merancakkan aktiviti eksport negara. Selain itu, MDA turut membuat perkongsian berkenaan proses pengeluaran Sijil Jualan Bebas (CFS) oleh MDA.

 

IMG 8456IMG 8351IMG 8331IMG 8346IMG 8334IMG 8391IMG 8369IMG 8390IMG 8427IMG 8444

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
  mdb@mda.gov.my

Today 970 Yesterday 7328 Week 34728 Month 67831 Visitor Counter: 113309981

  • Last Modified: 11 August 2022.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2022 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768