KOD ETIKA DAN TATAKELAKUAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN
Kod Etika dan Tatakelakuan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) adalah satu panduan dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang menggabungkan nilai, moral serta tindakan selaras dengan kehendak peraturan/pekeliling, dasar dan garis panduan perkhidmatan awam yang sedang berkuat kuasa untuk dipatuhi oleh warga PBPP.
Ianya bertujuan untuk menjadi panduan tingkahlaku yang boleh dan tidak boleh dilakukan selaras dengan peruntukan undang-undang, pekeliling/peraturan, dasar dan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh semua warga PBPP. Selain dari itu juga ianya adalah sebagai salah satu strategi untuk membudayakan dan memantapkan integriti warga kerja PBPP dalam melaksanakan tugas dan amanah.
Warga PBPP boleh memuat turun dokumen di pautan ini KOD ETIKA DAN TATAKELAKUAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN