• Home
  • News
  • KEJOHANAN BOLING MEDAC 2019 DAN SAMBUTAN HARI LAHIR STAF PBPP 2019

KEJOHANAN BOLING MEDAC 2019 DAN SAMBUTAN HARI LAHIR STAF PBPP 2019

3432402f 55fa 44b1 913d 3b739b4ca2cd        3accff0e 3ff3 417d bbd8 e58040ad5cf1

PUTRAJAYA , 11 Disember 2019 – Warga Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah beramai-ramai memeriahkan suasana permainan boling di Wangsa Bowl, IOI City Mall pada petang semalam berikutan daripada Medical Device Authority Club (MEDAC) telah menganjurkan Program Kejohanan Boling Medac 2019 dan juga meraikan pegawai dan kakitangan PBPP yang lahir pada bulan Disember 2019 bersempena dengan cuti Hari Ulang Tahun Kelahiran Sultan Selangor.

 8dbca266 cedf 48ed 919b 91b4e1ae538f         70e7055b 36cf 4aaa 99e1 0aa067dad7ff

Kehadiran tidak terhad kepada staf PBPP sahaja malah, staf dibenarkan untuk membawa pasangan atau ahli keluarga untuk turut serta bermain dalam aktiviti ini.

211c475c 07fc 44fd 9e4d b55a090e7e79          327b91db e4c5 4f43 a732 20ff973db25f

Tambah menarik, hadiah yang disajikan kepada pemenang-pemenang agak lumayan dan setiap orang tidak membawa pulang tangan kosong apabila majlis turut menyediakan aktiviti cabutan bertuah.

8069a4b3 5f00 47c1 b42a 4e5b05a527d4        446743f3 bb67 4da9 81b2 c8fc08004735

Pemenang dalam kejohanan boling dibahagikan kepada beberapa kategori di antaranya ialah katergori Pemenang Berkumpulan, Pemenang Individu Lelaki, Pemenang Individu Wanita dan Juara “Masuk Longkang kategori lelaki dan wanita”.

Program yang berlangsung selama tiga jam ini diakhiri dengan makan tengahari dan acara memotong kek hari lahir.

Kami warga PBPP mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kelab MEDAC kerana telah bertungkus-lumus dalam mencari idea dan menghasilkan sebuah program yang sentiasa menarik kepada staff PBPP.  

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
  mdb@mda.gov.my

Visitor Counter: 161026

  • Last Modified: 20 February 2020.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2020 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768