• Home
  • News
  • LAWATAN KERJA PENANDAARASAN BAHAGIAN KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN (BKRP) KE PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

LAWATAN KERJA PENANDAARASAN BAHAGIAN KAWALSELIA RADIASI PERUBATAN (BKRP) KE PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Cyberjaya, 5 Julai 2019 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah menerima Lawatan Kerja Penandaarasan dari Bahagian Kawalselia Radiasi Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (BKRP) yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6,  Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP), Cyberjaya.

Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP Gambar 01

Seramai lima (5) orang pegawai BKRP yang diketuai oleh En. Mohd Amin bin Yaakob telah menghadiri lawatan kerja ini dan diraikan oleh Ketua Eksekutif PBPP, En. Ahmad Shariff Bin Hambali dan pegawai-pegawai kanan PBPP. Selain itu, lawatan kerja ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada pihak MIMOS Berhad dan Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA).

Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP Gambar 02

Tujuan Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP ke PBPP adalah untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dalam pelaksanaan projek IT bagi membangunkan sistem gantian BKRP yang lebih menyeluruh dan bersepadu serta menepati keperluan Revolusi Industri 4.0.

Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP Gambar 03

Disamping itu, lawatan ini juga dapat mengenalpasti ruang dan peluang kerjasama yang boleh dibuat terutamanya berhubung pengawalan peranti perubatan yang menggunakan sinaran mengion dan tidak mengion.

Lawatan Kerja Penandaarasan BKRP Gambar 04

 

 

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
  mdb@mda.gov.my