• Home
  • News
  • Pemeriksaan Bersepadu di DHL Senai, Johor

Pemeriksaan Bersepadu di DHL Senai, Johor

9 September 2023 – Satu pemeriksaan bersepadu telah dijalankan oleh Bahagian Pasca Pasaran dan Penguatkuasaan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bersama Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) Johor dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan kerjasama DHL Express Malaysia di DHL Senai, Johor.

Pemeriksaan yang dijalankan bertujuan untuk memastikan hanya peranti perubatan yang telah berdaftar di bawah Akta 737 sahaja yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Semasa pemeriksaan, beberapa kiriman telah ditahan kerana didapati kiriman tersebut mengandungi peranti perubatan yang tidak berdaftar dengan MDA.

Selain pemeriksaan, satu sesi Continuing Medical Education (CME) secara fizikal dan dalam talian telah diadakan bagi memberi pendedahan kepada BPF dan DHL berkenaan kawalan peranti perubatan di bawah Akta 737 yang merangkumi pendaftaran peranti perubatan dan pengecualian pendaftaran peranti perubatan.

Kerjasama yang berterusan antara MDA, BPF, JKDM dan DHL perlu dipastikan bagi mengekang dan menghalang pengimportan peranti perubatan memasuki Malaysia secara tidak sah iaitu tanpa pendaftaran atau lesen.

Pengimport digesa untuk mendapatkan lesen establismen dan hanya mengimport peranti perubatan yang telah didaftarkan. Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan peranti perubatan yang telah berdaftar dengan MDA. Sila layari https://mdar.mda.gov.my/ untuk merujuk peranti yang telah berdaftar dan establismen berlesen.

 

 

 

 

 

 

 

Dikemaskini: 18 Oktober 2023

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 6420 Yesterday 7122 Week 20978 Month 203167 Visitor Counter: 119822268

  • Last Updated: 29 November 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768