• Home
  • Announcement
  • KEBENARAN BEROPERASI DAN PERGERAKAN BAGI AKTIVITI INDUSTRI PERANTI PERUBATAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIKAWAL SELIA DI BAWAH AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

KEBENARAN BEROPERASI DAN PERGERAKAN BAGI AKTIVITI INDUSTRI PERANTI PERUBATAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIKAWAL SELIA DI BAWAH AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

mda admin logo

PENGUMUMAN

 

KEPADA SEMUA PEMEGANG LESEN ESTABLISMEN DI BAWAH AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

 

KEBENARAN BEROPERASI DAN PERGERAKAN BAGI AKTIVITI INDUSTRI PERANTI PERUBATAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIKAWAL SELIA DI BAWAH AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

 

Sebagaimana semua sedia maklum, kerajaan telah mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di seluruh negara berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah dimaklumkan bahawa kegiatan sektor kesihatan termasuk aktiviti industri peranti perubatan dan rantaiannya adalah dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di mana Establismen perlu mematuhi SOP PKP yang dikeluarkan termasuk kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60%.

Kebenaran ini hanya akan diberi kepada Establismen yang telah berlesen dengan PBPP.

Surat kebenaran akan diberikan melalui emel kepada semua pemegang lesen establismen.

Sebarang pertanyaan, boleh berhubung melalui emel mcoa@mda.gov.my

 

Ketua Eksekutif,

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia.

31 Mei 2021

Print

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
  mdb@mda.gov.my

Today 7691 Yesterday 6004 Week 28011 Month 98569 Visitor Counter: 1161075

  • Last Modified: 23 June 2021.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2021 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768